Assalamualaikum wbt
Harini nak cerita tentang kisah yang berlaku di dalam surah al-mujadalah. Selain kisah tentang khaulah yang akan saya ceritakan di entri yang lain, terdapat juga kisah orang yang berbisik-bisik tentang perkara yang tidak baik.
Ayat ini diserukan oleh Allah kepada orang beriman. Ayat ke-9 yang bermaksud;
"Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berbincang secara rahsia, maka janganlah kamu berbincang untuk melakukan dosa,perseteruan dan penenangan terhadap rasul. berbincanglah untuk melakukan kebajikan dan taqwa dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan."
Hal ini kerana munculnya ketidakpuasan hati orang-orang beriman terhadap keputusan rasulullah. Mungkin juga perkara ini selalu berlaku di kalangan kita.Dimana berlakunya pertemuan atau perbicaraan rahsia diluar perbincangan yang utama. Kadang,kita cuma nak ceritakan ape yang ada dalam hati.Tapi mungkin bila orang yang mendengar tu pun ada rasa tak sedap dalam hati,akan berlakulah sesi memakan daging saudara sendiri.
Atau mungkin apa yang kita ceritakan memberi impak yang buruk terhadap si pendengar.Dia mungkin hanya ingin menjadi pendengar yang setia,dan tak kenal pun orang yang kita sebutkan. tapi boleh jadi bila dia dah kenal orang tu,dia akan ada rasa tak suka pada orang tu.Disebabkan perbicaraan rahsia kita.
Jadi,elakkanlah untuk bercakap perkara yang dilarang tanpa alasan yang kukuh.Untuk mencari penyelesaian,kita pun sebenarnya tahu nak tanya atau cerita pada siapa. Atau lebih baik, berdepan sahaja dengan si empunya badan.
Sebab,hakikatnya Allah dengar je ape yang kita cakap.
Sunday, 28 June 2020
Friday, 26 June 2020
kisah hadis 30 (imam nawawi)
pagi tadi lepas subuh kitorang bedah hadis 30.hadis ni ceritakan pasal perkara fardhu.
haaa, apekah itu perkara fardhu?ape beza dengan perkara wajib?
perkara fardhu yang dimaksudkan di dalam hadis ni adalah perkara yang disebutkan di dalam al quran. so nanti bolehla cek ye ade berapa.tapi memang x banyak la.perkara wajib itu adalah yang disebutkan dalam hadis sahaja.
contohnya, solat itu fardhu dalam al-quran.tapi wudhu ade x fardhu dalam quran?wudhu cuma ade dalam hadis.Tapi boleh ke solat kalau xdee wudhu?.sah ke solat kalau wudhu tak sah?..haa begitulah kesinambungan kewajipan dan fardhu.
bersambung..
Subscribe to:
Posts (Atom)