Sunday, 28 June 2020

Al Mujadalah (Perbincangan rahsia yang dilarang)

Assalamualaikum wbt

Harini nak cerita tentang kisah yang berlaku di dalam surah al-mujadalah. Selain kisah tentang khaulah yang akan saya ceritakan di entri yang lain, terdapat juga kisah orang yang berbisik-bisik tentang perkara yang tidak baik.

Ayat ini diserukan oleh Allah kepada orang beriman. Ayat ke-9 yang bermaksud;

"Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berbincang secara rahsia, maka janganlah kamu berbincang untuk melakukan dosa,perseteruan dan penenangan terhadap rasul. berbincanglah untuk melakukan kebajikan dan taqwa dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan."

Hal ini kerana munculnya ketidakpuasan hati orang-orang beriman terhadap keputusan rasulullah. Mungkin juga perkara ini selalu berlaku di kalangan kita.Dimana berlakunya pertemuan atau perbicaraan rahsia diluar perbincangan yang utama. Kadang,kita cuma nak ceritakan ape yang ada dalam hati.Tapi mungkin bila orang yang mendengar tu pun ada rasa tak sedap dalam hati,akan berlakulah sesi memakan daging saudara sendiri.

Atau mungkin apa yang kita ceritakan memberi impak yang buruk terhadap si pendengar.Dia mungkin hanya ingin menjadi pendengar yang setia,dan tak kenal pun orang yang kita sebutkan. tapi boleh jadi bila dia dah kenal orang tu,dia akan ada rasa tak suka pada orang tu.Disebabkan perbicaraan rahsia kita.

Jadi,elakkanlah untuk bercakap perkara yang dilarang tanpa alasan yang kukuh.Untuk mencari penyelesaian,kita pun sebenarnya tahu nak tanya atau cerita pada siapa. Atau lebih baik, berdepan sahaja dengan si empunya badan.

Sebab,hakikatnya Allah dengar je ape yang kita cakap.

No comments:

Post a Comment